Saturday, May 5, 2012

aku hanya seorang insan..

aku cuma seorang insan
yang mudah lupa leka.
yang kadang mudah dikuasai amarah dan nafsu
kerana hatiku lemah,
memerlukan kekuatan
maafkan daku hai insan tatkala
begitu mudah melenting tatkala kamu menegur
begitu mudah bersangka buruk kepada kamu hanya ketidakselesaan saya dalam nasihatmu,

tatkala aku marah,
tatkala aku berburuk sangka,
ketahuilah selepas amarah ku reda,
pergi,
hilang dibawa angin pantai,
aku terasa begitu sesal sekali,
namun,
kerana ego ku yang setebal dan setinggi gunung everest,
sedalam abyss marina

ketahuilah sebagai seorang insan,
aku tetap memerlukan teguranmu
aku tetap memerlukan perhatianmu
kita hidup saling ingat mengingati .
jangan biarkan aku sendiri terkontang -kanting
tanpa hala tujuan
kerana telah buta tanpa
ada manusia yang sudi menunjukkan jalan

ya, proses pembinaan kekuatn hati itu memang sukar kawan,
saat melakukan batu loncatan dalam merubah diri itu perit teman,
dalam proses itu aku masih memerlukan teguran darimu

moga kita dalam REDHANYA,
Ya ALLAH berikanlah kekutan pada ku untuk terus berlari meniti kerikil ujian dan kehidupan tanpa menoleh dan teragak-agak untuk meneruskan perjalanan.

terima kasih buat insan yang sudi menegurku,
maaf kerana aku hanya mencoret di laman ini.
moga Allah melimpahkan rahmatNYA kepadamu.

insan yang sedang mengenal hati sendiri
insan yang sedang bertatih membetulkan laluan
insan yang sedang menguatkan genggaman untuk terus berlawan dengan bisikan

doakan diriku berjaya

Ya Allah, ku harap RedhaMU..

insan kerdil.

No comments:

Post a Comment