sedih melihat situasi kini,
berpalih ke kanan terlihat manusia yang rancak bertepuk tampar tanpa batas antara jantina
berpalih ke kiri terlihat manusia sibuk bermanja-manja tanpa ikatan sah.
ke mana hala tuju manusia kini?
saya bukan hendak menghukum.
cuma membuka ruang untuk berfikir
andai tulisan yang di coret di laman ini menggores, maaf dipinta.
bukankah ALLAH telah menggariskan panduan dan hukum yang begitu indah?
bukankah Rasul ALLAH telah menyebarkan cara hidup yang cukup sempurna?
Adakah Islam itu hanya dasar nama,
bukan pada cara hidup yang kita lakukan seharian?
bukankah pada tiap larangan ada yang dibolehkan
contohnya pada larangan untuk mendekati zina, ada yang halal buat mereka iaitu NIKAH
kenapa manusia begitu asyik memilih yang haram, sedang terdapat yang halal.
hai wanita, ketahuilah, tidak rugi jika kamu memahalkan nilai dirimu.
tidak rugi pun jika kamu tidak dapat memegang erat tangan lelaki yang bukan muhrimmu.
tidak rugi juga jika kamu menyematkan cinta kamu kemas-kemas hanya untuk Ilahi..
kerana ketahuilah,
kadang seorang adam itu hanya mempermainkan cinta kamu
kerana tatkala dia ingin mencari seorang isteri,
dia akan mencari seorang wanita yang tinggi harga dirinya.
yang tidak pernah disentuh mana-mana kumbang
yang solehah untuk menjadi ibu yang kepada anak2 nya
saat kamu memahalkan diri kamu itu hai hawa,
si adam itu akan diam dan tidak mengganggumu kerana hormat
bukan kerana kamu seorang yang tidak laku..
sayangkah kamu pada bapamu dan adik beradik lelakimu?
ketahuilah mereka dipertanggungjawabkan atas urusan kita,
sanggupkah kita menghert mereka ke dalam api nereka itu?
jawapan di atas anda yang menjawab.
mari lakukan satu langkah perubahan demi akhirat kita,
setiap manusia itu punya jiwa ingin dicintai dan mencintai.
kerana itu fitrah manusia.
biarlah kita mencintai dan dicintai dalam saluran yang HALAL
maafkan atas coretan ku,
aku menulis kerana menyayangimu,
insan lemah , kerdil , berdosa
No comments:
Post a Comment