Monday, November 2, 2009

manisnya sebuah bicara

Manisnya 1 buah bicara,
mengungkap sebuah kata2
yang kadang dusta,
manisnya 1 buah bicara,
ketika mengungkap janji2
yang kadang dimungkiri..
manisnya 1 buah bicara
yang penuh dengan helah
dan ungkapan yang mengelirukan
manisnya 1 buah bicara
yang kini tiada siapa ,
yang akan mempercayai kata2 nya lagi..

Episod baru

episod baru seorang kanak2
yang memasuki alam remaja yang penuh cabaran..
episod baru
dalam hidupnya yg terpaksa diharungi
kerana ia adalah perjalanan hidup.
episod baru
dalam sebuah kehidupan sentias berlaku.
Dari bayi kepada kanak2
Dari kanak 2 kepada remaja
Dari remaja kepada dewasa..
Dan seterusnya
Episod baru
hadapi hidup dengan cabaran dan cekal
kerana ianya hanya 1
dan tidak akan berulang kembali...

palestin

Palestin..
Ku biarkan kau menangis lagi,
Ku biarkan bumimu berdarah lagi,
Ku biarkan bumimu dihujani peluru dan bom Zionis laknatullah lagi...
Ku biarkan suara tangisan anak2 kecil meratap lagi..
Palestin...
Apalah dosa anak2 kecil hingga menjadi mangsa.
Apalah dosa bumimu ,
Hingga diperlakukan sebegitu?
bumimu adalah tempat ke-3 suci umat islam
kiblat 1 bagi umat islam
tempat lahir dan bersemadinya para nabiyyin
Palestin...
Duhai saudara2 ku..
Ku takkan biarkan kau
terus menderita saudaraku..
terlalu pedih mendengar jeritan,tangisan yang pilu ini..
Palestin..
teruskanlah berjuang..
teruskanlah memburu panggilan syuhada
syurga yang tertinggi menantimu.
kau tak akan kalah dalam memperjuangkan agama islam
janji allah adalah benar...
PALESTIN....
Allahu Akbar!