Tuesday, December 31, 2013

counting 2014

 2.0.1.3 moving to 2014
Bismillahirrahamanirrahim,

masa berlalu begitu pantas bukan?
hari  demi hari berlalu,

2013 yang semalam kunjung tiba mula berganti dengan 2014

umur mula bertambah, jangka hayat mula berkurang

sepanjang hidup, ditenung-tenung ,akan beberapa perkara
adakah aku ada memberikan manfaat kepada ummah,
adakah aku bersiap sedia menghadapi kematian,
 dan bermacam hal lagi yang aku, kamu dan dia tenungkan.

Beratkah terasa meninggalkan tahun kini untuk beranjak ke tahun baru?

Berat. Kerana masih ada tanggungjawab yang belum selesai.

Berat. Kerana di sana ada  tugas dan amanah baru menanti.

Berat. Kerana masa takkan dapat diputar kembali.

Setelah bertahun-tahin dianugerahkan nikmat hidup, adakah kita kenali jalan yang bakal kita tujui dalam mencapai misi kehidupan?

Sedar atau tidak sedar kadang kita menjadi mangsa kepada dunia kini. Menjadi robot dan bukannya manusia.

Berulang lagi tahun demi tahun, rutin yang sama, hilang hala tuju.

Sedang kita punya misi yang harus diselesaikan.

Di sepanjang kehidupan kita. Sehingga nafas terakhir dihembus.

Moga Allah Redha akan kita tatkala kita menemuiNya.
dan moga kita redha dengan pemergian kita serta bukan meratap ingin pulang kembali.

2014. welcome, ahlan wasahlan selamat datang. ohaiyo.
mari melangkah dan mengatur perjalanan dengan saksama dalm menyempurnakan misi.

Tahun yang sudah, biarlah ia terpateri di dalam hati dan memori, menjadi kenangan terindah dan sulaman pengajaran.

Sayonara 2013.

Sunday, December 29, 2013

LOVe StOry :.

Bismilllahirrahmanirrahim



Semua orang ada kisah cinta masing-masing bukan?
Saya juga ada impian kisah cinta yang ingin dikongsi bersama.
Kisah Cinta yang ingin saya nukilkan buat sepanjang hayat serta berharap agar cinta itu terus mekar sehingga ke akhir hayat saya.

Mungkin kisah cinta saya berbeza perjalanannya dengan kamu dan dia.
Semestinya punya jalan yang berbeza, kerna Dia telah menukilkan perjalanan itu secara berbeza, agar kita punya kisah yang unik dan tersendiri untuk dikongsikan.^^

 

Baiklah, saya ingin mulakan ceritera saya.

Masing-masing sudah kenal As-Syahid Ammar bukan? Insan hebat yang namanya harum merentas benua. Di antara Asia dan Eropah. Mengundang ribuan insan untuk mendengar akan kisahnya. Sehingga mengundang cemburu pada perjuangannya. cemburu pada usaha sosok insan ini.
cemburu pada insan ini setepatnya.

Saya juga begitu. Cemburu pada dia. Cemburu pada kecintaannya pada pemilik hatinya.Cemburu pada getaran cinta dia kepada Pencipta.

Cinta dia buat saya termalu sendiri. Buat saya merenung kembali kecintaan saya kepada Khaliq.

Hari demi hari, saya cuba menelusuri akan erti cinta itu.
Pernah juga saya belajar erti cinta menerusi manusia, namun gagal menemui cinta yang saya cari.

Saya merenung kembali cinta di hati saya.

Hari tetap berlalu pergi, namun saya tidak menemukan cinta yang dicari-cari.

dan dengan izinNya, Allah memanggil dan menggerakkan hati saya untuk berfikir akan nikmat dan kasih sayangNya kepada saya.
Dalam saya mencari-cari akan bukti kecintaan yang sebenarnya.
Kecintaan yang bakal membantu saya menemui bahagia.

Dan saya juga terdetik untuk melihat pengorbanan para pecintaNya menerusi gambaran Sirah.
Mereka yang mencintai Ilahi dengan relung jiwa mereka sanggup berkorban apa sahaja.

Itu membuat saya terfikir lagi, cuba untuk menyambungkan titik persilangan antara keduanya.

Dan saya temui, Alhamdulillah.

Setelah berhari-hari saya mencari dan menyelongkar apa erti cinta.

Setelah hari demi hari saya kehilangan arah.

Apakah titik persilangan itu?

Dapat saya renungi, bahawa nikmat Allah kepada saya tak putus-putus sehingga hari ini. Sedang saya dalam kemaksiatan, Dia tetap mencurahkan nikmatNya kepada saya.
Dengan kasihNya, Dia yang menunjukkan jalan menuju kecintaanNya,
Dengan kasihNya, saya masih lagi mampu bernafas kerana bekalan oksigen yang Dia izinkan.

Saya malu pada kasihNya kepada saya.kerana saya insan yang berpalit dosa, tak putus-putus melakukan maksiat kepadaNya.

Setiap masalah yang saya hadapi, Dia bimbing saya menuju ke arah penyelesaian setelah saya mengadu kepadaNya.

Dia ajarkan saya hikmah menerusi ujian yang Dia kirimkan.

Saya mula bertatih untuk mengenali cinta itu.

Cinta yang membuatkan para pencinta sanggup berkorban demiNya.
membuatkan para pemcinta semakin taat dan dekat kepada Dia.

Cinta yang saya simpulkan sebagai Cinta antara Khaliq dan Makhluq.
                                                          Cinta antara Insan dengan Tuhannya.

Cinta yang begitu terindah sekali. Cinta yang Teragung sekali.

Cinta yang sehingga ke hari ini saya masih berusaha untuk menyemainya di hati.

Cinta kepada Ilahi.

Agar hati merasakan tiada lagi cinta seagung cintaNya.

Saya ingin cintakanNya, dan ingin Dia cintakan saya.

Saya cemburu kepada mereka yang telah berjaya mencintai Allah sepenuh hati.

Cemburu yang amat..Malu yang amat terhadap Ilahi, terhadap mereka, kerana diri ini belum berjaya meraihnya.

Ya Rabbi, Dekatkan kecintaanku kepadaMu.
Dan sambutlah kecintaanku ya Ilahi..

Cinta ini harus berterusan,
dan ku harap agar ia tidak berhenti di pertengahan jalan.

Kalian, doakan aku agar kisah cintaku ini berterusan.
Dan aku juga mendoakan kalian menemui perjalanan menuju kisah cinta kalian.

Aku masih belajar tentang cinta.
Masih belajar untuk mencintaiNya.
Masih belajar untuk mengajarkan hati untuk mencintaiNya.

Dan aku tidak sanggup kehilangan cintaNya.

Kerana aku cinta kepada Dia, aku mencintai kalian.

insan hina lagi kerdil yang sedang menapak perjalanan menuju cinta setelah Dia menunjukkan arah.

Saturday, October 19, 2013

terperangkap

bismillah,

manusia sering kali terperangkap dalam arus dunia.
tak terkecuali saya.

kadang tanpa sedar,
sedikit demi sedikit kita telah lari dari tujuan kehidupan.

dan kemudian kita diuji,
kerna Dia ingin kita kembali padaNya,

setelah jauh,
DIA ingin kita kembali dekat dan berhubung kepada Nya

Dunia kan dihiasi dengan perhiasan,
begitu indah, begitu melekakan,
sampai bila pun takkan pernah puas untuk mengumpul dan meraih segala yang ada di bumi,
jika jiwa terpisah dengan keimanan,
jika hati dibutakan dengan nafsu,

hidup tanpa dipandu,
tanpa arah,
tanpa panduan
yang telah dititip 
sejak zaman berzaman,
panduan quran dan sunnah.

di situlah kita terperangkap dengan kehidupan.
tesepit antara kepuasan hidup dengan tujuan hidup.
Allah. Allah. Allah.
moga Allah bukakan jalan untuk keluar dari terperangkap itu.

perjalanan masih panjang,,
di setiap perjalanan akan dihiasi ujian.
teguhlah dengan tujuan hidup,
teruskan mendekati Ilahi,
moga Dia permudahkan!

amiin. Rabbi yassirlana.

Saturday, September 7, 2013

DIA

bismillahirrahmanirrahim,

terlalu banyak nikmat yang DiA curahkan,
alhamdulillah,
hingga kadang aku terlupa, terlalai, terleka
dan mendustakan nikmatnya,

hingga kadang aku jauh, terlalu jauh berjalan meninggalkannya tanpa ku sedari,
kerana aku sudah tenggelam dalam dunia kelekaan.

lalu,
dia memanggilku kembali,
untuk mencariNYA
untuk merenung erti kehidupan hakiki,

ya,
dia memanggilku,
memanggilku dengan mendatangkan ujian,
agar aku kembali mengingatiNYA

pada saat awal aku diuji,
aku tidak mengerti dan memahami,
mengapakah,
apakah,
sebab aku diuji,

dan mengapa harus aku diuji sebegitu

langsung aku tak mengerti,

aku ketika itu sudah merasakan cukup,
cukup dengan usahaku
cukup dengan diriku,

hinggalah setelah ujian itu berlalu,
setelah berbulan keputusan dibuat berpandukan ILAHI,

barulah aku mengerti,
setelah merenung,
barulah aku memahami
dan tersentak akannya
hikmahNYA

DIA begitu halus mengajarku,
terlalu halus.

tanpa ujian itu,
aku tidak akan tahu sejauh mana kuatnya aku berpegang teguh pada prinsip.
sejauh mana aku memahami akan erti hidup sebenar,
takkan berusaha mencari DIA,
takkan belajar untuk meletakkan pergantungan ku secara total kepadaNYA.

ya,
alhamdulillah,
DIA yang memberikan kekuatan padaku,
menghadirkan ketenangan padaku.

moga keyakinan ku terus kukuh
dan pegangan ku bertambah mantap

Allah, terima kasih atas segalanya
terima kasih atas bantuan MU,
terima kasih kerana menyedarkan ku.

terlalu banyak nikmatmu aku DUSTAKAN.
astaghfirullah

ayat-ayat cinta itu,
surat cinta itu,
menjadi penenang jiwaku,
peneman tatkala aku kesedihan,
menghilangkan serabut di fikiran ku.

tatkala ku sujud pada mu Ya RABB,
ku rasakan kau mendengar tiap rintihan ku
hingga ku rasakan,
aku bahagia menceritakan segala perasaan ku tanpa berselindung
ya Allah,
terima kasih ya Allah,

perkekalkan dan perteguhkan aku dengan agamaMU,
hai pemilik hatiku,
perteguhkan aku dalam ketaatanku kepadaMU

amiin.

Saturday, August 31, 2013

lelah

bismillah,
penatkan hidup?

dah puas mengeluh?

............
sampai bila bila pun kita takkan puas nak mengeluh???


hidup, kalau mudah bukan namanya hidup,

yeke?

hidup ini mudah, kalau dimudahkan oleh Allah, sayangs.

sukar, tapi dimudahkan, bakal terasa kemudahan walau penat.

merungut dan mengeluh?

itukah pilihan kita?
berbanding untuk bersyukur?

sedang terlalu banyak Allah mudahkan urusankita?

sedarkah kita.SEDARKAH aku?

lelah, ya, memang aku lelah
lelah dengan hati yang tak putus puts melakukan maksiat
lelah dengan keadaan diri.

lelah
apakah penawarnya?
aku juga masih mencari
Rabbi, permudahkan daku.

lelah
satu situasi dalam hidup
yang mana semua akan melaluinya.

moga Allah perbukakan jalan

Saturday, May 11, 2013

.:impian: mimpi:.

Bismillahirrahmanirrahiim.
MIMPI
sesiapa pun berhak untuk bermimpi, mengatur perencanaan dalam hidup. 
dan
percayalah bahawa mimpi dan impian itu mampu untuk direalisasikan


    DREAMS do COME TRUE
but with the our efforts, praying, HIS guidance and HIS wills.
as i reading OKi Setiana Dewi's books, all of those were inspiring me to make my dreams come true, in sya ALLAH, amiin.

menceritakan mengenai pencarian mimpi,
kita harus jelas mengenai impian kita, berusaha ke arah itu untuk menjadikan impian terealisasi.
~ amiin,ya Rabbi~

impian bukan untuk dipandang enteng kerana ia terlahir dari jiwa, dari sebuah pemikiran. jadi, jika anda mampu bermimpi bermakna anda HARUS dan MAMPU menjadikan nyata, dengan izinnYA.
bermimpilah untuk mencecah ke bulan, walau di sekeliling anda manusia menghina impian anda.


percayalah, satu hari nanti, hasil lelah untuk menjadikan impian itu nyata umpama madu
, ya, madu.
tampak mudah, tapi proses menghasilkan madu itu sukar dan hanya mampu dilaksana oleh sang lebah yang gigih merealisaikan usaha dan harapan mereka. jadi tiada satu benda pun yang terhasil dengan begitu mudah kerana setiap sesuatu perlukan pengorbanan.
memang jalan kejayaan itu berliku,






Apabila kita berusaha yang terbaik, maka hasil yang terbaik akan terhasil.
begitu juga mimpi, kejarlah dan lakukan yang terbaik untuk merealisasikannya! ^_^
kerana dalam diri kita wujud potensi yang harus digilap dan digilap.

firman ALLAH sw.t
  Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain)
As-syarh :7

ya, ayat berkenaan mengenai ibadah(amal soleh). ya, kita harus melakukan yang terbaik dalam ibadah kita :)
bukankah setiap seuatu yang kita sandarkan kerana ALLAH, dengan cara yang bertepatan dengan syariah, maka ia menjadi ibadah?
oleh itu, bersungguh sungguhlah melakukan yang terbaik untuk mengejar mimpimu kerana Ilahi.
jika ada sebarang kesilapanku dalam penceritaanku, maka tegurlah,

mari merenung langit, begitu kerdilkan kita? 

rabbi, redhailah destinasi mimpi kami demi mencari redhaMU

mari melakar memori indah di helaian diari kehidupan,
derapkan langkah mu meniti kejayaan.
meniti laluan berkerikil yang melukai kakimu yang mulus,
teruskan tanpa berhenti,
kerana setelah langkahmu tiba di destinasi,
kelelahanmu umpama hilang
berganti dengan sebuah kegembiraan.
in sya Allah.

ya, aku juga punya mimpi yang besar jika didengar insan yang lain seperti ia sebuah 'mustahil'
-penulis best seller pada umur 19.
-berkolaborasi dengan penulis tersohor.
-doktor pakar(muda) yang menjlankan kajian sains dan al quran.
-sering mengikuti misi kemanusiaan di pelusuk dunia

sebagai seorang muslimah, kita akan terus berusaha membawa imej ISLAM di mata dunia :)

ya, semua mimpi ku ini demi mencari redha ILAHI
moga terus teguh,
amiin,
rabbana  yassirlana!
terus yakin dengan ILAHI, bahawa DIa sentiasa membantu kita.

Thursday, March 28, 2013

Heart beat

Heart beat.. 


Assalamualaikum wbt 
Tiadalah manusia yang tak punya perasaan. Manusia yang dibrainwash pun tetap akan ada perasaan. Hee, percayalah Tautak siapa pemilik cinta? Dan siapa yang paling kaya dengan cinta? Dan cinta serta kasih Sayang siapakah yang amat teragung? Anda punya jawapankah? Silalah jawab.. Isi tempat kosong di ruangan komen di bawah hee.. ... Da isi? Tak payahlah, cuma mengajak berfikir sebentar.. Percaya tak kalau saya mengatakan bahawa diri kita bukanlah pemilik hati dan cinta? Percayakah kalau saya mengatakan hati kita milik Allah? Ya, sudah semestinya :D. Yang membuka pintu hati kita ialah Allah. Kita cuma pemegang amanah. Bagaimana kita mengawal hati kita agar terus berdenyut seiring dengan usaha utk mencari redhaNya. Perasan kan, dalam doa ada permohonan 


 Wahai pemilik hati hati, tetapkan hati kami di bawah ketaatan Mu.

 Jadi yakinalah bahawa kita ini cuma memegang amanah dalam menjaga hati, bukanlah pemilik hati. Lalu, apakah kaitan soal hati dan cinta? Di mana letak duduknya cinta. Cinta itu terletak di hati. Nah, lalu siapakah pemilik cinta yang sepatutnya kita pulangkan cinta itu? Sudah semestinya cinta kita pulang kepada pemilik hati kita. Dengan mencintai Allah, mengingatiNya, hati kita akan menjadi lebih tenang, tiada rasa resah seperti yang kita alami sperti kebiasaannya. Allah mencurahkan cinta kepada hambanya hingga kita tak sanggup dan dapat menghitung banyaknya, Mengapa kita terlalu bongkak untuk memulangkan cintaNya? Sedang begitu banyak limpahan cinta yang Dia anugerahkan agar kita juga bisa mencintai ibu ayah dan keluarga serta muslimin. Ouh.oh. Cinta itu bukqn permainan bibir, tetapi hati. Pabila hati kita meresapi untuk mencintai Allah, maka perilaku kita menggambarkan hati kita :) Huhu. Untuk mengisi relung relung jiwa dengan cinta Allah di tangga teratas hati kita memang sukar, Ya. Sukar . Tapi ia tidak mustahil. Ya. Saya sendiri masih tertatih untuk menggapai, Kerana ia perlukan konsistensi dan perjuangan untuk menggapai. Marilah kita letak Allah di tangga teratas hati kita, seterusnya rasulullah saw.
 Mari suburkan jiwa dengan cintaNya dan cinta rasul. Jom selak surat cinta yang telah dikirim untuk kita untuk melihat betapa besarnya cita Allah terhadap kita. Tanda kasih sayng Allah itu terlalu besar hinggakan akl kita tak dqpat menjangkau logika. Ya, utamakn cinta Khalik daripada makhluk Moga kita dapat menggapai cinta itu
THE GREATEST LOVE AND THE TRUE LOVE EVER THAT WE SHOULD SEEK.

Patah hati saujana.-letthesongsingitstory

heart broken, manusia memang akan ada fasa hati patah renyuk, and yes, sakit, torn inside and out, btw thanks kepada insan yang merenyukkan hati kita sbb dia memudahkan jalan untuk kita mengentalkan hati.
ARIGATOU ne~
patah hati, carilah ALLAH untk tend hati kita yang da pecah jadi pieces.