Friday, April 22, 2011

saudaraku, keperitanmu keperitanku juga~part1

      Kala ini, seorang pemuda kelihatan sedang duduk bertafakur di atas sjadah kehijauan ini.Dia mendah tangannya utuk memohon, merayu pda Sang Rabbnya.,diminta agar dihapuskan dosa-dosanya, diterima amalannya, diberi kekuatan dalam mengharungi ujian hidup.kedengaraan juga sayup-sayup suaranya memohon agar umat islam yang sdang mengalami keperitan hidup akibat peperangan.
    Terbayang di benak mindanya, kesengsaraan saudaranya di Palestin, Iraq,Afghanistan dan negara negara yang sedang menghadapi peperangan.Dia berasa perit apabila mengenangkan saudara-saudaranya di sana. Tika umat Islam di Palestin perit menghadapi peperangan dengan Israel yag laknat, umat Islam di negara yang merdeka sibuk bertingkah sesama sendiri, memudahkan negara lain mengambil kesemptan dan akhirnya negara itu terjajah..
    Dia, Ahmad Mustofa yang sedang bertafakur itu berasa perit di hatinya mengenangkan semua ini..Adakalanya dia menangis ,terfikir bilkah umat ini akan bersatu.Perit di hatinya bagaikan terasa begitu dalam sedalam saudara-saudara seagamanya yang sedang mengahadapi peperangan sana.Hanya doa dan qunut nazilah yang mampu diberi.
     Seusai bertafakur, dia membuka pintu rumah sewanya untuk mentadabbur alam yang diciptakan oleh SANG RABB' yang maha Agung . Dia juga ingin mengambil angin malam yang berhembus lembut dan duduk di bangku di halaman rumahnya.Rumahnya terletak di Taman Gombak ,kawasan yang selamat dan cantik untuk didiami.Setelah dia berasa puas berada di luar, dia masuk ke dalam rumahnya.Esok dia hendak ke kuliahdi UIA ,menunaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar serta seorang Muslim.Lalu dia masuk ke dalam biliknya untuk tidur dan berehat menunggu pagi.Ketika masuk ke biliknya, dia melihat rakan serumah yang sebilik dengannya,Mujahid, sudah pun tidur dengan nyenyaknya, di tangannya memegang buku la tahzan tulisan 'Aid.b. Qarni.Buku yang amat bermanfaat dan memotivasikan diri.Sebelum tidur dia membaca doat idur serta surah terpilih yan dijadikan amalan iaitu 3 qul.

                                     ************************************

nantikan seterusnya yae!utk part seterosnyer, komenlah,doakan ia menjadi +(ddibukukan maybe ia satu impian jer)

Saturday, April 2, 2011

mencari diri~

aku hanya insan lemah,
yang hanya mencari sinar diri di celahan bebayang,
tanpa NYA, sudah lama kurebah, jatuh tidak bangun semula..
YA ALLAH.. ingin ku tangisi diri ini sepuas-puasnya.
kerna di celahan bayangan hatiku, tanpa kusedari serta kusedari
sebenarnya terselit dihatiku..
kesombongan, keegoan dan keangkuhan seorang insan yang lupa pada usulnya~
YA RABBI.. aku insan yang ego dan angkuh..
yang enggan ditegur, merasakan diri ini sempurna..
ampunilah diriku ya ALLAH. bantulah diriku untuk  mencari kekuatan serta diri ini ..
kekallkanlah aku di jalan yang lurus ya ALLAH.
bantulah aku ya ALLAH untu meraih mardhatillah
jadikan aku ya Allah sebagai hambamu yang bersyukur serta mengamalkan sunnah nabimu..