Friday, December 30, 2011

oh.selangkah menuju 2012..

tahun 2012 tengah merangkak, hampir berlari beransur pergi.. umur kita dicuri lagi oleh pencuri yang tiada bermuka tiada berjasad.pencuri yang takkan memulangkan apa yang dicuri.dan benda yang tak dapat dicari di kedai mana-mana. jikalau kau punya emas sebesar gunung everest pun kau takkan memilikinya lagi
dia lah masa
setiap detik minit kehidupan
ia berlalu begitu shaja,
mencuri waktu umurmu tika kau kelalaian.
2011 hampir ditutup tirainya.
mahukah kesilapan yang sama dibiarkan berulang lagi
membiarkan umur dan waktumu dicuri
dalam asyik kelalaian
ayuh bertindaklah hai manusia
hidup ini amat singkat, mahu singkatkan lagi kehidupan?
siapa mahu ?
andai kehidupan itu panjang sekalipun.
ia tetap singkat
kerana kealpaan membiarkan masa berlalu hingga saat dijanjikan
MUHASABAH DAN AZAM
-umur da kurang,
takkan na biar amal kering kontang, takleh jadi nih
TOP UP amalan seiring dengan umur
-camna nak wat amal ilmu cinoet jeh,
takkan na biar hidup dalam kejahilan yang membelenggu?
DOWNLOAD ilmu
-kita kena jadi diri sendiri
tak dinafikan, tapi takkan na bia diri dalam keadaan camtu?
FORMAT diri
-dosa bertimbun-timbun
ALLAH tu maha pengampun segala dosa hambaNYA.yakinlah. bertaubatlah dengan taubat nasuha
DELETE dosa
YA ALLAH ampunilah segala dosa dan kelalain dalam mengingati MU
INSTALL sabar dalam diri dalam menempuh segala ujian

okay, pembaca sekalian moga kalian dirahmati ALLAH selalu, saya bukanlah insan yang baik kerana saya tak tahu apa pandangan ALLAH pada saya, jadi mari berusaha cari REDHA ALLAH.
Assalamualaikum.have a nice day.
jom jadikan tahun 2012 tahun yang bermakna

Monday, October 10, 2011

ingatan buat mu~

amosfera di negeri ini dirasakan berbeza,
desiran angin bagai mendesir sepi,
burung-burung berkicau menyanyikan melodi syahdu,
udara bersalut duka dan girang.

kehilangan sebutir bintang,
yang hilang dari pandangan,
yang sudah meneruskan destinasi,
jauh dari kota dunia ini..

tersematnya engkau di lubuk hatiku yang dalam,
tiada kata dan daya untuk menghalang
sebuah suratan takdir yang tertulis..
hanya keredhaan dan doa yang dapat ku hantarmu ke sana.

moga setiap detik ,
ketenangan dan kebahagiaan mengulitmu,
titisan embun yang menitis di pusaramu,
bukan menandakan kau kedukaan..

realiti peradaban ini..

Dari kaca mataku,
yang merenung dunia kini,
menerobos segala peradaban,
menembusi dinding-dinding masyarakat.

Kian kulihat
langit ini tidak sebiru dahulu
bagai bermuram durja
melihat manusia yang berteduh di bawah gumpalan awannya,
yang makin melupakan tanah yang mereka jejaki
dan cuba mencapai awan dalam kebongkakkan

tanah pula,
bagai ingin menimbusi manusia
yang memandang hina padanya,
bagai lupa mereka akan
terbaring kaku tidak berdaya
ditemani longgokan tanah yang dihinanya
suatu ketika dulu.

kemaksiatan kini
sudah bercampur dengan kebaikan
manusia kini berbangga
dengan setiap titis kejahatan yang dilakukan
mereka bagai malu
tatkala melakukan sebuah amal kebajikan

sang kaya pencari harta
bagai terhina pabila
sang fakir miskin meminta sedekah
demi sesuap rezeki
tetapi bermegah pabila
namanya terpampang
di dada akhbar, menjadi
tumpuan media massa
bagai dialah sang malaikat
yang membawa rahmat

para pemimpin kini,
sibuk menyatakan sumbangan mereka,
sibuk dengan inovasi negara mereka,
hingga mata mereka
tertutup daripada melihat
kejatuhan moral rakyat mereka..

tunggu bilakah semua ini berakhir,
tidak kira bila,
masing-masing senyap,
tiada suara pabila ditujukan
saat akhir nyawa mereka,
saat itulah mereka tersedar,
tiada lagi guna kesedaran mereka.

Monday, July 18, 2011

mati itu pasti hidup insyaallah~

setap kematian adalah kepastian,
kullu nafsi zaiqatul maut
setiap yang bernyawa akan merasai mati..
tidak kira itulah insan yang kita sayangi..
tiap detik dan tiap saat..
selasa-awal julai,
detik2 yang rasa macam mengejutkan dan rasa menghibakan hati ini,
seorang  insan yang amat betjasa dan disayangi telah menemui sang rabb'izati..
waktu tu dalam pukul 4-5 petang, sedang berehat.. tiba tiba ada berita yang mengejutkan, nyai@nenek dah meninggal,.. memang terkejutlah rasa macam, betulke?
dahla dalam hari sebelumtu, sabtu sempat jumpa ,urut,gurau,bual...
memang kalu ikutkan hati rasa macam tak percaya..tidak.. tak boleh, tapi mengenangkan petikan ayat quran di atas, kuredhai juga berita yg menyapa itu..
nyai, jasamu takkan ku lupa, moga kita bertemu di sana, moga rohmu ditempatkan bersama orang yang beriman..kusedekahkan Al-fatihah buatmu, tanda ingatan ku..
saat manis bersamamu akan terus berada di hati,
moga engkau aman di sana..
buat diri yang sering leka ini, ingatlah tiap detik masa menyapa mengikis umurmu..
bersediakah engkau dengan amalan untuk bertemu dengan penciptamu?
renungan untuk diri yang hina di hadapan rabbku..
ya Allah, berikanlah hidupku penuh dengan redha mu

Friday, April 22, 2011

saudaraku, keperitanmu keperitanku juga~part1

      Kala ini, seorang pemuda kelihatan sedang duduk bertafakur di atas sjadah kehijauan ini.Dia mendah tangannya utuk memohon, merayu pda Sang Rabbnya.,diminta agar dihapuskan dosa-dosanya, diterima amalannya, diberi kekuatan dalam mengharungi ujian hidup.kedengaraan juga sayup-sayup suaranya memohon agar umat islam yang sdang mengalami keperitan hidup akibat peperangan.
    Terbayang di benak mindanya, kesengsaraan saudaranya di Palestin, Iraq,Afghanistan dan negara negara yang sedang menghadapi peperangan.Dia berasa perit apabila mengenangkan saudara-saudaranya di sana. Tika umat Islam di Palestin perit menghadapi peperangan dengan Israel yag laknat, umat Islam di negara yang merdeka sibuk bertingkah sesama sendiri, memudahkan negara lain mengambil kesemptan dan akhirnya negara itu terjajah..
    Dia, Ahmad Mustofa yang sedang bertafakur itu berasa perit di hatinya mengenangkan semua ini..Adakalanya dia menangis ,terfikir bilkah umat ini akan bersatu.Perit di hatinya bagaikan terasa begitu dalam sedalam saudara-saudara seagamanya yang sedang mengahadapi peperangan sana.Hanya doa dan qunut nazilah yang mampu diberi.
     Seusai bertafakur, dia membuka pintu rumah sewanya untuk mentadabbur alam yang diciptakan oleh SANG RABB' yang maha Agung . Dia juga ingin mengambil angin malam yang berhembus lembut dan duduk di bangku di halaman rumahnya.Rumahnya terletak di Taman Gombak ,kawasan yang selamat dan cantik untuk didiami.Setelah dia berasa puas berada di luar, dia masuk ke dalam rumahnya.Esok dia hendak ke kuliahdi UIA ,menunaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar serta seorang Muslim.Lalu dia masuk ke dalam biliknya untuk tidur dan berehat menunggu pagi.Ketika masuk ke biliknya, dia melihat rakan serumah yang sebilik dengannya,Mujahid, sudah pun tidur dengan nyenyaknya, di tangannya memegang buku la tahzan tulisan 'Aid.b. Qarni.Buku yang amat bermanfaat dan memotivasikan diri.Sebelum tidur dia membaca doat idur serta surah terpilih yan dijadikan amalan iaitu 3 qul.

                                     ************************************

nantikan seterusnya yae!utk part seterosnyer, komenlah,doakan ia menjadi +(ddibukukan maybe ia satu impian jer)

Saturday, April 2, 2011

mencari diri~

aku hanya insan lemah,
yang hanya mencari sinar diri di celahan bebayang,
tanpa NYA, sudah lama kurebah, jatuh tidak bangun semula..
YA ALLAH.. ingin ku tangisi diri ini sepuas-puasnya.
kerna di celahan bayangan hatiku, tanpa kusedari serta kusedari
sebenarnya terselit dihatiku..
kesombongan, keegoan dan keangkuhan seorang insan yang lupa pada usulnya~
YA RABBI.. aku insan yang ego dan angkuh..
yang enggan ditegur, merasakan diri ini sempurna..
ampunilah diriku ya ALLAH. bantulah diriku untuk  mencari kekuatan serta diri ini ..
kekallkanlah aku di jalan yang lurus ya ALLAH.
bantulah aku ya ALLAH untu meraih mardhatillah
jadikan aku ya Allah sebagai hambamu yang bersyukur serta mengamalkan sunnah nabimu..