Saturday, May 5, 2012

tentang hati..

aku tahu hati ini di dalam jasadku,
namun aku bukanlah pemilik mutlak hati ini.
kerana aku tidak akan terbuka hati tanpa izinNYA.

justeru kadang aku malu pada pemilik hatiku
kerana aku melakukan kemaksiatan pada hati ini.
seperti berburuk sangka.
cukuplah aku memberikan satu contoh
kerana yang satu itu jua punya beribu cabang yang boleh merosakkan diri.
kadang manusia itu berniat baik pada perbuatan nya.
hati aku pula berbisik mengisyaratkan otak berfikiran begitu sekali

kadang tingkah laku insan itu memang nature dia begitu
aku berbisik -------

kadang insan itu begitu ikhlas dalam tutur kata dan pujiannya,
aku berkata dia begini......begitu,,,,,,

sungguh.
AKU malu pada pemilik hatiku
yang mengetahui tiap bisikan hati ini..

sungguh
tatkala aku berburuk sangka,
tatkala itulah aku meracun hatiku hingga sakit

sungguh aku kejam pada hati ini
tatkala aku melakukan kemaksiatan hati.

bukankah lebih indah jikaku bersangka baik.
jika ku mengisi kekosongan hatiku dengan ubat-ubat hati..

ya, jangan racuni hatiku.
cukup2 lah aku meracuni hatiku dalam diam.
ubatilah dia kini


kerana aku bukanlah pemilik hati ku yang mutlak,
aku kadang tidak mengenali siapakah diriku.
siapakah aku
jadi,
bagaimana insan yang tidak mengenali hati dan dirinya
boleh mengetahui hati insan lain

ketahuilah
 prasangka itu ialah pembicaraan yang paling dusta
muttafaqun'alaih.

saidina umar berkata :
jikalau apa yang kamu katakan mengenai seseorang itu benar
=itu membuka aib
jikalau ia dusta
=fitnah

jadilah mata lebah yang mencari bunga-bunga walau di sebalik sampah.
renungan buat hati dan diriku,

insan kerdil

No comments:

Post a Comment