Sunday, December 6, 2009

gersang

gersangnya jiwa kita,
tidak pernah dibajai alquran,
tidak pernahdibasahi dengan zikrullah..
gersangnya jiwa kita...
betambah gersang lagi ...
pabila kita memilih lagu2
hiburan yang tidak mendidik jiwa...
gersang nya jiwa kita...
tidak pernah kita mendirikan solat,
tidak pernah kita ingin menghayati seruan azan..
gersangnya jiwa kita...
tidak pernah kita bersama2
dalam majlis ilmu...
yang penuh keberkatan,
yang dipayungi sayap malaikat..
betapa gersangnya jiwa kita,
tidak lang sungkah ingin kita mendekati allah?
tidakkah kita memberi makan rohani kita denganzikrullah...

Monday, November 2, 2009

manisnya sebuah bicara

Manisnya 1 buah bicara,
mengungkap sebuah kata2
yang kadang dusta,
manisnya 1 buah bicara,
ketika mengungkap janji2
yang kadang dimungkiri..
manisnya 1 buah bicara
yang penuh dengan helah
dan ungkapan yang mengelirukan
manisnya 1 buah bicara
yang kini tiada siapa ,
yang akan mempercayai kata2 nya lagi..

Episod baru

episod baru seorang kanak2
yang memasuki alam remaja yang penuh cabaran..
episod baru
dalam hidupnya yg terpaksa diharungi
kerana ia adalah perjalanan hidup.
episod baru
dalam sebuah kehidupan sentias berlaku.
Dari bayi kepada kanak2
Dari kanak 2 kepada remaja
Dari remaja kepada dewasa..
Dan seterusnya
Episod baru
hadapi hidup dengan cabaran dan cekal
kerana ianya hanya 1
dan tidak akan berulang kembali...

palestin

Palestin..
Ku biarkan kau menangis lagi,
Ku biarkan bumimu berdarah lagi,
Ku biarkan bumimu dihujani peluru dan bom Zionis laknatullah lagi...
Ku biarkan suara tangisan anak2 kecil meratap lagi..
Palestin...
Apalah dosa anak2 kecil hingga menjadi mangsa.
Apalah dosa bumimu ,
Hingga diperlakukan sebegitu?
bumimu adalah tempat ke-3 suci umat islam
kiblat 1 bagi umat islam
tempat lahir dan bersemadinya para nabiyyin
Palestin...
Duhai saudara2 ku..
Ku takkan biarkan kau
terus menderita saudaraku..
terlalu pedih mendengar jeritan,tangisan yang pilu ini..
Palestin..
teruskanlah berjuang..
teruskanlah memburu panggilan syuhada
syurga yang tertinggi menantimu.
kau tak akan kalah dalam memperjuangkan agama islam
janji allah adalah benar...
PALESTIN....
Allahu Akbar!

Friday, October 30, 2009

bulan

bulan
bintang
serta cakarewala
Allah lah yang menjadikannya
betapa hebatnya kuasanya
tiada siapa yag dpt menandinginya

lihatlah alam ini
yang begitu indah
tiada siapa pun yang dapat menjadikannya
kecuali Allah

renungkanlah ,muhasabahlah...

perjalanan perjuangan ini..

perjalanan perjuangan ini,
penuh dengan onak danduri,
juga dengan pelbagai ranjau,
perjalanan perjuangan ini,
amat sukar untuk ditempuh
bukan calang2 orang dapat menempuhnya
perjalanan perjuangan ini,
akan ku tempuh jua,
demi meneruskan perjuangan
perjalanan perjuangan ini,
walaupun sukar !
tetapi akan ku teruskan jua untuk menyambung perjuangan ini..
perjalanan perjuangan ini....
Ya ALLAH tetap kanlah aku d landasan dakwah ini .ameen....

duhai bonda

bonda,
kaulah ratu hati ku,
kau ratu di sanubari,
menjalar di tiap urat nadi,
bonda,
andainya taufan kecewa kau biarkan
senja pelangi kan muncul lagi
berkat kesabaran
dan pengorbanan
kini hidup mu bersemi
BONDA

masa dan waktu

masa pantas berlalu,
meninggalkan kita yang masih lalai dan leka,
wajarkah begitu?
sedangkan masa yg sama ummah memerlukan kita!
jadi ,
adakah kita patut terus hanyut dalam dunia rekaan??
persoalan ini anda,
pembaca yg huraikan s'diri
tugas saya dcni hanya menasihatkan......

senyuman

senyum

itu adalah sadaqah

marilah kita sama bersadaqah dengan senyuman

senyum tanda ketabahan

senyum tanda kesabaran

dalam menghadapi musibah

senyum tanda mesra

senyum tanda sayang

senyumlah kita kerana allah

senyum tanda persahabatan

senyum juga dapat meredakan hati yang sedang marah

mari lah sama2 senyum seikhlas hati

agar dapat mengukuhkan persahabatan ,persefahaman

senyum adalah senang

senyum dapat menyenangkan hati yang gundah

juga dapat menenangkan hati
senyum ......

rasul

rasulullah,
kau bak bintang dan rembulan,
kehadiranmu untuk menyempurnakan akhlak,
sifat2 mu adalah jujur,menyampaikan,bijaksana dan benar

engkau adalah kekasih allah,
sungguh aku rindu kan mu YA HABIBALLAH,
sayafaat kanlahdaku

ramadan

Ramadhan.
Oh Ramadhan,
yang kutunggu,
yang kunanti selama ini,
telah pun tiba....
ku menghitung,
hari demi hari,
dengan senyuman,
dengan gembira...
kini ,
engkau ingin meninggalkan semua,
diganti dengan hari kemenangan,
yakni eidulfitri,..
aku iringi dikaudengan titisan air mata,
dimana lagi aku dapat berjumpa dengan bulan semulia dikau..
ku rasa berat untuk meninggalkan dikau,
bulan yang penuh dengan keberkatan,
terisi dengan lailatul qadr ,
yang lebih baik dari 1000 bulan,
yang tedapat hari nuzul quran iaitu turunnya al-quran mukjizat dan bacaan yang tiada cacat celanya...
semoga kita berjumpa lagi tahun depan.......
ya ramadhan kareemm.........

Thursday, October 29, 2009

hari2 yg berlalu

sehari yang berlalu,beberape hari yg lalu,hanya tinggal kenangan, tidak boleh diputar kembali,hanya boleh disingkap tabir kenangan.Hari yang berlalu menandakan kita semakin hari semakin dewasa,dekat kita dengan ajal... hari yang berlalu juga harusnya jadikan panduan,penasihat,bukan untuk mengharapkan ia berulang..Justeru.. marilah kita sama2mengingati mati..seminit yg telah hilang bererti sbhgn drpd kita telah hilang..
"jadikanlah hari ini lebih baik drpd smlm"

Wednesday, October 28, 2009

sebuah episod

Rentetan sebuah kehidupan adalah cabaran. perhiasannya adalah dugaan. dan misinya ialah dakwah. sebuah episod demi episod berlalu. mulanya perjalanan ini dihiasi dengan dugaan yang kecil dan kemudian bertambah besar. namun segala dugaan dan ujian ini Allah memberikan kepada kita dengan apa yang kita mampu dan bereti Allah itu maha mengetahui lagi arif dan bijaksana, maka hendaklah kita tetap dilandasan yang benar. saya menasihati semua muslim dan diri saya sendiri dengan perasaan sayang sesama muslim.moga2 kita sama2 dapat bermuhasabah dan merenung kembali segala yang kita telah melakukan kesilapan.....