Wednesday, July 16, 2014

Aku Yang Lemah

bismillah,

Allah, aku terlalu lemah,
bukan niatku untuk memohon dan memilih ujian,
namun, tingkatkanlah keupayaanku,
tingkatkanlah kesabaranku..

humood alkhuder-keep me true


Tuesday, December 31, 2013

counting 2014

 2.0.1.3 moving to 2014
Bismillahirrahamanirrahim,

masa berlalu begitu pantas bukan?
hari  demi hari berlalu,

2013 yang semalam kunjung tiba mula berganti dengan 2014

umur mula bertambah, jangka hayat mula berkurang

sepanjang hidup, ditenung-tenung ,akan beberapa perkara
adakah aku ada memberikan manfaat kepada ummah,
adakah aku bersiap sedia menghadapi kematian,
 dan bermacam hal lagi yang aku, kamu dan dia tenungkan.

Beratkah terasa meninggalkan tahun kini untuk beranjak ke tahun baru?

Berat. Kerana masih ada tanggungjawab yang belum selesai.

Berat. Kerana di sana ada  tugas dan amanah baru menanti.

Berat. Kerana masa takkan dapat diputar kembali.

Setelah bertahun-tahin dianugerahkan nikmat hidup, adakah kita kenali jalan yang bakal kita tujui dalam mencapai misi kehidupan?

Sedar atau tidak sedar kadang kita menjadi mangsa kepada dunia kini. Menjadi robot dan bukannya manusia.

Berulang lagi tahun demi tahun, rutin yang sama, hilang hala tuju.

Sedang kita punya misi yang harus diselesaikan.

Di sepanjang kehidupan kita. Sehingga nafas terakhir dihembus.

Moga Allah Redha akan kita tatkala kita menemuiNya.
dan moga kita redha dengan pemergian kita serta bukan meratap ingin pulang kembali.

2014. welcome, ahlan wasahlan selamat datang. ohaiyo.
mari melangkah dan mengatur perjalanan dengan saksama dalm menyempurnakan misi.

Tahun yang sudah, biarlah ia terpateri di dalam hati dan memori, menjadi kenangan terindah dan sulaman pengajaran.

Sayonara 2013.

Sunday, December 29, 2013

LOVe StOry :.

Bismilllahirrahmanirrahim



Semua orang ada kisah cinta masing-masing bukan?
Saya juga ada impian kisah cinta yang ingin dikongsi bersama.
Kisah Cinta yang ingin saya nukilkan buat sepanjang hayat serta berharap agar cinta itu terus mekar sehingga ke akhir hayat saya.

Mungkin kisah cinta saya berbeza perjalanannya dengan kamu dan dia.
Semestinya punya jalan yang berbeza, kerna Dia telah menukilkan perjalanan itu secara berbeza, agar kita punya kisah yang unik dan tersendiri untuk dikongsikan.^^

 

Baiklah, saya ingin mulakan ceritera saya.

Masing-masing sudah kenal As-Syahid Ammar bukan? Insan hebat yang namanya harum merentas benua. Di antara Asia dan Eropah. Mengundang ribuan insan untuk mendengar akan kisahnya. Sehingga mengundang cemburu pada perjuangannya. cemburu pada usaha sosok insan ini.
cemburu pada insan ini setepatnya.

Saya juga begitu. Cemburu pada dia. Cemburu pada kecintaannya pada pemilik hatinya.Cemburu pada getaran cinta dia kepada Pencipta.

Cinta dia buat saya termalu sendiri. Buat saya merenung kembali kecintaan saya kepada Khaliq.

Hari demi hari, saya cuba menelusuri akan erti cinta itu.
Pernah juga saya belajar erti cinta menerusi manusia, namun gagal menemui cinta yang saya cari.

Saya merenung kembali cinta di hati saya.

Hari tetap berlalu pergi, namun saya tidak menemukan cinta yang dicari-cari.

dan dengan izinNya, Allah memanggil dan menggerakkan hati saya untuk berfikir akan nikmat dan kasih sayangNya kepada saya.
Dalam saya mencari-cari akan bukti kecintaan yang sebenarnya.
Kecintaan yang bakal membantu saya menemui bahagia.

Dan saya juga terdetik untuk melihat pengorbanan para pecintaNya menerusi gambaran Sirah.
Mereka yang mencintai Ilahi dengan relung jiwa mereka sanggup berkorban apa sahaja.

Itu membuat saya terfikir lagi, cuba untuk menyambungkan titik persilangan antara keduanya.

Dan saya temui, Alhamdulillah.

Setelah berhari-hari saya mencari dan menyelongkar apa erti cinta.

Setelah hari demi hari saya kehilangan arah.

Apakah titik persilangan itu?

Dapat saya renungi, bahawa nikmat Allah kepada saya tak putus-putus sehingga hari ini. Sedang saya dalam kemaksiatan, Dia tetap mencurahkan nikmatNya kepada saya.
Dengan kasihNya, Dia yang menunjukkan jalan menuju kecintaanNya,
Dengan kasihNya, saya masih lagi mampu bernafas kerana bekalan oksigen yang Dia izinkan.

Saya malu pada kasihNya kepada saya.kerana saya insan yang berpalit dosa, tak putus-putus melakukan maksiat kepadaNya.

Setiap masalah yang saya hadapi, Dia bimbing saya menuju ke arah penyelesaian setelah saya mengadu kepadaNya.

Dia ajarkan saya hikmah menerusi ujian yang Dia kirimkan.

Saya mula bertatih untuk mengenali cinta itu.

Cinta yang membuatkan para pencinta sanggup berkorban demiNya.
membuatkan para pemcinta semakin taat dan dekat kepada Dia.

Cinta yang saya simpulkan sebagai Cinta antara Khaliq dan Makhluq.
                                                          Cinta antara Insan dengan Tuhannya.

Cinta yang begitu terindah sekali. Cinta yang Teragung sekali.

Cinta yang sehingga ke hari ini saya masih berusaha untuk menyemainya di hati.

Cinta kepada Ilahi.

Agar hati merasakan tiada lagi cinta seagung cintaNya.

Saya ingin cintakanNya, dan ingin Dia cintakan saya.

Saya cemburu kepada mereka yang telah berjaya mencintai Allah sepenuh hati.

Cemburu yang amat..Malu yang amat terhadap Ilahi, terhadap mereka, kerana diri ini belum berjaya meraihnya.

Ya Rabbi, Dekatkan kecintaanku kepadaMu.
Dan sambutlah kecintaanku ya Ilahi..

Cinta ini harus berterusan,
dan ku harap agar ia tidak berhenti di pertengahan jalan.

Kalian, doakan aku agar kisah cintaku ini berterusan.
Dan aku juga mendoakan kalian menemui perjalanan menuju kisah cinta kalian.

Aku masih belajar tentang cinta.
Masih belajar untuk mencintaiNya.
Masih belajar untuk mengajarkan hati untuk mencintaiNya.

Dan aku tidak sanggup kehilangan cintaNya.

Kerana aku cinta kepada Dia, aku mencintai kalian.

insan hina lagi kerdil yang sedang menapak perjalanan menuju cinta setelah Dia menunjukkan arah.

Saturday, October 19, 2013

terperangkap

bismillah,

manusia sering kali terperangkap dalam arus dunia.
tak terkecuali saya.

kadang tanpa sedar,
sedikit demi sedikit kita telah lari dari tujuan kehidupan.

dan kemudian kita diuji,
kerna Dia ingin kita kembali padaNya,

setelah jauh,
DIA ingin kita kembali dekat dan berhubung kepada Nya

Dunia kan dihiasi dengan perhiasan,
begitu indah, begitu melekakan,
sampai bila pun takkan pernah puas untuk mengumpul dan meraih segala yang ada di bumi,
jika jiwa terpisah dengan keimanan,
jika hati dibutakan dengan nafsu,

hidup tanpa dipandu,
tanpa arah,
tanpa panduan
yang telah dititip 
sejak zaman berzaman,
panduan quran dan sunnah.

di situlah kita terperangkap dengan kehidupan.
tesepit antara kepuasan hidup dengan tujuan hidup.
Allah. Allah. Allah.
moga Allah bukakan jalan untuk keluar dari terperangkap itu.

perjalanan masih panjang,,
di setiap perjalanan akan dihiasi ujian.
teguhlah dengan tujuan hidup,
teruskan mendekati Ilahi,
moga Dia permudahkan!

amiin. Rabbi yassirlana.

Saturday, September 7, 2013

DIA

bismillahirrahmanirrahim,

terlalu banyak nikmat yang DiA curahkan,
alhamdulillah,
hingga kadang aku terlupa, terlalai, terleka
dan mendustakan nikmatnya,

hingga kadang aku jauh, terlalu jauh berjalan meninggalkannya tanpa ku sedari,
kerana aku sudah tenggelam dalam dunia kelekaan.

lalu,
dia memanggilku kembali,
untuk mencariNYA
untuk merenung erti kehidupan hakiki,

ya,
dia memanggilku,
memanggilku dengan mendatangkan ujian,
agar aku kembali mengingatiNYA

pada saat awal aku diuji,
aku tidak mengerti dan memahami,
mengapakah,
apakah,
sebab aku diuji,

dan mengapa harus aku diuji sebegitu

langsung aku tak mengerti,

aku ketika itu sudah merasakan cukup,
cukup dengan usahaku
cukup dengan diriku,

hinggalah setelah ujian itu berlalu,
setelah berbulan keputusan dibuat berpandukan ILAHI,

barulah aku mengerti,
setelah merenung,
barulah aku memahami
dan tersentak akannya
hikmahNYA

DIA begitu halus mengajarku,
terlalu halus.

tanpa ujian itu,
aku tidak akan tahu sejauh mana kuatnya aku berpegang teguh pada prinsip.
sejauh mana aku memahami akan erti hidup sebenar,
takkan berusaha mencari DIA,
takkan belajar untuk meletakkan pergantungan ku secara total kepadaNYA.

ya,
alhamdulillah,
DIA yang memberikan kekuatan padaku,
menghadirkan ketenangan padaku.

moga keyakinan ku terus kukuh
dan pegangan ku bertambah mantap

Allah, terima kasih atas segalanya
terima kasih atas bantuan MU,
terima kasih kerana menyedarkan ku.

terlalu banyak nikmatmu aku DUSTAKAN.
astaghfirullah

ayat-ayat cinta itu,
surat cinta itu,
menjadi penenang jiwaku,
peneman tatkala aku kesedihan,
menghilangkan serabut di fikiran ku.

tatkala ku sujud pada mu Ya RABB,
ku rasakan kau mendengar tiap rintihan ku
hingga ku rasakan,
aku bahagia menceritakan segala perasaan ku tanpa berselindung
ya Allah,
terima kasih ya Allah,

perkekalkan dan perteguhkan aku dengan agamaMU,
hai pemilik hatiku,
perteguhkan aku dalam ketaatanku kepadaMU

amiin.

Saturday, August 31, 2013

lelah

bismillah,
penatkan hidup?

dah puas mengeluh?

............
sampai bila bila pun kita takkan puas nak mengeluh???


hidup, kalau mudah bukan namanya hidup,

yeke?

hidup ini mudah, kalau dimudahkan oleh Allah, sayangs.

sukar, tapi dimudahkan, bakal terasa kemudahan walau penat.

merungut dan mengeluh?

itukah pilihan kita?
berbanding untuk bersyukur?

sedang terlalu banyak Allah mudahkan urusankita?

sedarkah kita.SEDARKAH aku?

lelah, ya, memang aku lelah
lelah dengan hati yang tak putus puts melakukan maksiat
lelah dengan keadaan diri.

lelah
apakah penawarnya?
aku juga masih mencari
Rabbi, permudahkan daku.

lelah
satu situasi dalam hidup
yang mana semua akan melaluinya.

moga Allah perbukakan jalan