Friday, December 30, 2011

oh.selangkah menuju 2012..

tahun 2012 tengah merangkak, hampir berlari beransur pergi.. umur kita dicuri lagi oleh pencuri yang tiada bermuka tiada berjasad.pencuri yang takkan memulangkan apa yang dicuri.dan benda yang tak dapat dicari di kedai mana-mana. jikalau kau punya emas sebesar gunung everest pun kau takkan memilikinya lagi
dia lah masa
setiap detik minit kehidupan
ia berlalu begitu shaja,
mencuri waktu umurmu tika kau kelalaian.
2011 hampir ditutup tirainya.
mahukah kesilapan yang sama dibiarkan berulang lagi
membiarkan umur dan waktumu dicuri
dalam asyik kelalaian
ayuh bertindaklah hai manusia
hidup ini amat singkat, mahu singkatkan lagi kehidupan?
siapa mahu ?
andai kehidupan itu panjang sekalipun.
ia tetap singkat
kerana kealpaan membiarkan masa berlalu hingga saat dijanjikan
MUHASABAH DAN AZAM
-umur da kurang,
takkan na biar amal kering kontang, takleh jadi nih
TOP UP amalan seiring dengan umur
-camna nak wat amal ilmu cinoet jeh,
takkan na biar hidup dalam kejahilan yang membelenggu?
DOWNLOAD ilmu
-kita kena jadi diri sendiri
tak dinafikan, tapi takkan na bia diri dalam keadaan camtu?
FORMAT diri
-dosa bertimbun-timbun
ALLAH tu maha pengampun segala dosa hambaNYA.yakinlah. bertaubatlah dengan taubat nasuha
DELETE dosa
YA ALLAH ampunilah segala dosa dan kelalain dalam mengingati MU
INSTALL sabar dalam diri dalam menempuh segala ujian

okay, pembaca sekalian moga kalian dirahmati ALLAH selalu, saya bukanlah insan yang baik kerana saya tak tahu apa pandangan ALLAH pada saya, jadi mari berusaha cari REDHA ALLAH.
Assalamualaikum.have a nice day.
jom jadikan tahun 2012 tahun yang bermakna