Saturday, May 11, 2013

.:impian: mimpi:.

Bismillahirrahmanirrahiim.
MIMPI
sesiapa pun berhak untuk bermimpi, mengatur perencanaan dalam hidup. 
dan
percayalah bahawa mimpi dan impian itu mampu untuk direalisasikan


    DREAMS do COME TRUE
but with the our efforts, praying, HIS guidance and HIS wills.
as i reading OKi Setiana Dewi's books, all of those were inspiring me to make my dreams come true, in sya ALLAH, amiin.

menceritakan mengenai pencarian mimpi,
kita harus jelas mengenai impian kita, berusaha ke arah itu untuk menjadikan impian terealisasi.
~ amiin,ya Rabbi~

impian bukan untuk dipandang enteng kerana ia terlahir dari jiwa, dari sebuah pemikiran. jadi, jika anda mampu bermimpi bermakna anda HARUS dan MAMPU menjadikan nyata, dengan izinnYA.
bermimpilah untuk mencecah ke bulan, walau di sekeliling anda manusia menghina impian anda.


percayalah, satu hari nanti, hasil lelah untuk menjadikan impian itu nyata umpama madu
, ya, madu.
tampak mudah, tapi proses menghasilkan madu itu sukar dan hanya mampu dilaksana oleh sang lebah yang gigih merealisaikan usaha dan harapan mereka. jadi tiada satu benda pun yang terhasil dengan begitu mudah kerana setiap sesuatu perlukan pengorbanan.
memang jalan kejayaan itu berliku,






Apabila kita berusaha yang terbaik, maka hasil yang terbaik akan terhasil.
begitu juga mimpi, kejarlah dan lakukan yang terbaik untuk merealisasikannya! ^_^
kerana dalam diri kita wujud potensi yang harus digilap dan digilap.

firman ALLAH sw.t
  Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain)
As-syarh :7

ya, ayat berkenaan mengenai ibadah(amal soleh). ya, kita harus melakukan yang terbaik dalam ibadah kita :)
bukankah setiap seuatu yang kita sandarkan kerana ALLAH, dengan cara yang bertepatan dengan syariah, maka ia menjadi ibadah?
oleh itu, bersungguh sungguhlah melakukan yang terbaik untuk mengejar mimpimu kerana Ilahi.
jika ada sebarang kesilapanku dalam penceritaanku, maka tegurlah,

mari merenung langit, begitu kerdilkan kita? 

rabbi, redhailah destinasi mimpi kami demi mencari redhaMU

mari melakar memori indah di helaian diari kehidupan,
derapkan langkah mu meniti kejayaan.
meniti laluan berkerikil yang melukai kakimu yang mulus,
teruskan tanpa berhenti,
kerana setelah langkahmu tiba di destinasi,
kelelahanmu umpama hilang
berganti dengan sebuah kegembiraan.
in sya Allah.

ya, aku juga punya mimpi yang besar jika didengar insan yang lain seperti ia sebuah 'mustahil'
-penulis best seller pada umur 19.
-berkolaborasi dengan penulis tersohor.
-doktor pakar(muda) yang menjlankan kajian sains dan al quran.
-sering mengikuti misi kemanusiaan di pelusuk dunia

sebagai seorang muslimah, kita akan terus berusaha membawa imej ISLAM di mata dunia :)

ya, semua mimpi ku ini demi mencari redha ILAHI
moga terus teguh,
amiin,
rabbana  yassirlana!
terus yakin dengan ILAHI, bahawa DIa sentiasa membantu kita.