terbaca satu post dari satu blog yang menarik:)
penulis itu menulis mengenai syurga dan pengorbanan..
ya, hidup ini memerlukan pengorbanan
apatah lagi untuk ke syurga bukan?
ya,10 para sahabat yang telah dijanjkan ke syurga itu bukan calang2 manusia..
manusia yang telah banyak bekorban demi agama tercinta..
kerana syurga itu tempat yang indah serta abadi,
pengorbanan yang tinggi dan dalam diperlukan..
diri dan hati ini kembali merenung,
mendalami,
menelaah
tentang diri...
bertanyakan hati dan diri dengan persoalan..
LAYAKKAH AKU KE SYURGA..
BESAR MANA PENGORBANAN KU ?
ya, itu soalan sentap untuk hati saya..
jika nak dibandingkan, saya memang tak layak ke sana..
pengorbanan ku sekecil-kecilnya,..
diriku hina ..
kadang aku termalu sendiri di hadapan RABB ku,,
tatkala aku mudah dan alpa merasakan selesa dengan keadaan begini..
ya,belum dilihat pada kekotoran hati..
setakat mengharap air mata tak mampu menghapus dosa..
ya siapalah aku di hadapanNYA..
ya, aku tekad.
ambillah langkah baru
menapak ke arah yang lebih baik..
mengikis kelemahan diri
kerana kuimpikan syurgaNYA.
kerana kurindukan redhaNya..
doakan aku terus menapak ke arah redhaNYA...
ASSALAMUALAIKUM,
insan kerdil
No comments:
Post a Comment