Friday, November 2, 2012

Sabar

Kesabaran. patient. Assabru.
kenapa sabar itu penting?
sabar boleh hilangkan rasa marah.
sabar itu bak nipisnya buih sabun.
kita tak boleh jangka orang lain akan sabar dengan kita.
tapi biarlah kita cuba bersabar dengan orang lain. bukankah itu lebih baik?
bersabar  dan menahan amarah
holding our angers ataupun menahan marah pada benda yang bukan haq untuk kita nak marah itu indah.
sabar itu indah kerana buahnya manis.
firman Allah:-
Ali Imran ayat  133-134
Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan surga yang luasnya seluas  langit dan bumi yang disediaakan bagi orang yang bertakwa.
iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan

As-syuura ayat 36-37 dan 43.
36-37
-Apa pun kenikmatan yang di berikan kepadamu, maka itu adlah kesenangan hiidup di dunia. sedangkan apa (kenikmatan) yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang beriman dan hanya kepada Allah mereka bertawkal.
- dan juga ( bagi ) orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji dan apabila mereka marah segera memberi maaf

43-
tetapi barang siapa yang bersabr dan memaafkan sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.

sesungguhnya diri ini terasa begitu lemah. kerana tidak mampu bersabar. bukankah orang yang kuat ialah orang yang bersabar -yang mampu menahan amarahnya?
bukankah sebuah kesabaran itu tiada hadnya?
jadi bersabarlah

No comments:

Post a Comment