Friday, November 9, 2012

Forgive Me - Ahmed Bukhatir (with lyrics subtitle)




Kita sering nampak nikmat orang, tapi lupa nikmat yang kita ada. kita selalu mengejar nikmat yang insan lain kecapi. bila nikmat kita hilang baru nak sedari.
bersyukurlah. ALHAMDULILLAH.
maafkan diriku ya ALLAH apabilaku merungut sedangkan aku telah menerima begitu banyak nikmat

Thursday, November 8, 2012

Farshy Al-Turab (with lyrics and translation)





mari mengingati mati.
kerana kematian itu pasti dan dekat!
bila2 sahaja kita boleh dipanggilNYA
terbaring kaku ditemani pasir-pasir yang menyelimuti.
Jangan kita leka sehingga melupakan kita akan dipanggil RABBUNA

Monday, November 5, 2012

Friday, November 2, 2012

Sabar

Kesabaran. patient. Assabru.
kenapa sabar itu penting?
sabar boleh hilangkan rasa marah.
sabar itu bak nipisnya buih sabun.
kita tak boleh jangka orang lain akan sabar dengan kita.
tapi biarlah kita cuba bersabar dengan orang lain. bukankah itu lebih baik?
bersabar  dan menahan amarah
holding our angers ataupun menahan marah pada benda yang bukan haq untuk kita nak marah itu indah.
sabar itu indah kerana buahnya manis.
firman Allah:-
Ali Imran ayat  133-134
Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan surga yang luasnya seluas  langit dan bumi yang disediaakan bagi orang yang bertakwa.
iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan

As-syuura ayat 36-37 dan 43.
36-37
-Apa pun kenikmatan yang di berikan kepadamu, maka itu adlah kesenangan hiidup di dunia. sedangkan apa (kenikmatan) yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang beriman dan hanya kepada Allah mereka bertawkal.
- dan juga ( bagi ) orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji dan apabila mereka marah segera memberi maaf

43-
tetapi barang siapa yang bersabr dan memaafkan sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.

sesungguhnya diri ini terasa begitu lemah. kerana tidak mampu bersabar. bukankah orang yang kuat ialah orang yang bersabar -yang mampu menahan amarahnya?
bukankah sebuah kesabaran itu tiada hadnya?
jadi bersabarlah

Tuesday, October 16, 2012

EdCoustic-Aku Ingin MencintaiMu ~lirik~





aku ingin mencintaiNYA. mari mencintaiNYA.
nak cari cinta Agung, bukan cinta picisan. cari cinta yang bawa bahagia abadi bukan sengsara di akhirat.

Edcoustic - Muhasabah Cinta




Just sharing a song that could be an inspiration. yes we are human=not perfect. so, why we're always being such an arrogant man? we do lots of mistakes. <--- anyone couldn't denied this! so try and keep on striving to find HIM~the greatest love. always do self-reflection. always being grateful on everything that he gave, even just a little tiny small gift. ALHAMDULILLAH. thanks ALLAH

Saturday, August 18, 2012

Ramadhan 1433,, datang dan pergi~

ramadhan yang dinanti dan diraikan seluruh alam datang akhirnya, pada julai hingga ogos 2012..
perjalanan dan fasa-fasanya silih hari berganti hari. cabaran baru bermula pada tiap hari.
walau syaitan telah diikat dan dibelenggu, kita tetap menghadapai satu ujian.
Trial of Patience :D
barangsiapa yang  memanfaatkan Ramadhan sepenuhnya beruntunglah dia.
kerana Ramadhan itu bulan barakah, bulan tarbiah.
ssesuatu yang datang akan pergi jua akhirnya,,
walau diri  ini terasa berat untuk melepaskan ramadhan pergi berganti Syawal, sebagai tanda kemenangan..
kita harus lepaskannya ia juga, kerana ia adalah putaran kehidupan.
dalam menghadapi hari-hari selepas Ramadan pergi meninggalkan kita,,
marilah kita sama-sama bermujahadah dan beristiqamah meneruskan amalan yang kita lakukan di bulan ramadan seperti puasa sunat,tahajud dan bersedeqah.
jom puasa enam di bulan Syawal :D
Allahumma balighna fi ramadhan..
ya Allah persampaikanlah aku pada ramadhan tahun depan.
dan suburkan cinta ku kepadaMu, ya rabbi.